Final Jelajah Dunia BWF: Ketangkasan Tang Jie-Ee Wei tumpaskan rakan senegara untuk ke final

Najmi Iman
December 14, 2024 10:30 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, lolos ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, susulan menundukkan rakan senegara yang juga merupakan pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, di Hangzhou, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan kedua-dua wakil negara tampak memberikan tentangan sengit sambil kedua-dua pasangan kerap merapatkan jurang kedudukan tatkala sedang menguji ketangkasan permainan.
Perseteruan ibarat gandingan junior menentang senior ternyata memihak kepada pilihan ketiga kejohanan itu yang terlebih dahulu berada di depan 19-15, sebelum menutup aksi pertama dengan kemenangan 21-15 dalam tempoh 20 minit.

RESULTS: #BWFWorldTourFinals XD | SF#MAS ?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei def. #MAS ?? Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-15 21-12 ⏱️ 42m *Chen-Toh become the first Malaysian XD pair to reach the tournament’s final since the tournament’s inception in 2018. Tahniah!#GemilangkanLagipic.twitter.com/QbAFzfaSS6

— BAM (@BA_Malaysia) December 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kecemerlangan itu diteruskan oleh gandingan di ranking kelapan dunia itu yang pantas menjarakkan lapan mata di depan 18-10, sekali gus berjaya mara ke perlawanan akhir menerusi kemenangan straight set 21-15, 21-13.
Selepas ini, mereka akan bertemu wakil tuan rumah, China, bagi menentukan kejuaraan penutup tahun 2024.
#badminton #Goh Soon Huat-Shevon Lai #Final Jelajah Dunia BWF #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
;