Jersi kedua yang dipakai Lee Zii Jia ketika menewaskan Chou Tien-chen dalam aksi pertama Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di China hari ini mencetuskan tanda tanya.

Ini selepas jersi gantian yang digunakan jaguh perseorangan negara itu menunjukkan kedudukan bendera Malaysia yang terbalik 180 darjah.

Bagaimanapun, ia kelihatan bukan sesuatu yang disengajakan memandangkan jersi utama keluaran Victor yang digunakan Zii Jia sebelum itu menunjukkan kedudukan Jalur Gemilang dengan sepatutnya.

Dalam perlawanan itu, Zii Jia menang mudah 21-13, 21-15.

Stadium Astro difahamkan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Teruskan bersama Stadium Astro!