Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Saufi Tahir
December 12, 2024 10:51 MYT
December 12, 2024 10:51 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024 Di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Tempoh 50 minit diperlukan wakil negara menwaskan lawan dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria-Emanuelle Widjaja dalam aksi straight set, 21-17,21-18, untuk mendahului saingan peringkat kumpulan selepas mengumpul dua kemenangan.
Walaupun hidung Tang Jie mengalir darah dalam set pertama tidak menghalang wakil negara itu untuk meneruskan permainan dengan aksi terbaiknya untuk menang dalam set pertama 21-17.
RESULTS: #BWFWorldTourFinals XD | Group B | Matchday 2#MAS ?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei def. #INA?? Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17 21-18 ⏱️49m#GemilangkanLagi#Hangzhou2024#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/8rDvK1JEEU
— BAM (@BA_Malaysia) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle beraksi dengan lebih kemas dalam set kedua apabila mengikat wakil negara di ranking kelapan dunia itu dengan keputusan 9-9.
Namun, ketajaman dan kekemasan corak pertahanan yang dipamerkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memastikan mereka menoktahkan kemenangan dengan skor 21-18 dalam set kedua dalam tempoh 26 minit.
Wakil negara akan meneruskan saingan peringkat Kumpulan B berdepan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, esok.