Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjuang hebat sebelum menundukkan gandingan tuan rumah, He Jiting-Ren Xiangyu, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik yang belum pernah melepasi peringkat kumpulan Final Jelajah Dunia BWF melalui laluan berliku dalam pertemuan sulung Kumpulan B di Hangzhou itu.

Sejak awal pertarungan lagi kedua-dua beregu lelaki itu saling berbalas mata dan selepas terikat di kedudukan 16-16, Jiting-Xiangyu lebih tenang untuk menawan set pertama 21-17.

Bagaimanapun, tahap keyakinan Aaron-Wooi Yik tetap utuh dengan memastikan set kedua 21-18 dan prestasi konsisten itu membantu mereka melanjutkan kemenangan dalam set penentuan 21 -15, sekali gus menjadi kemenangan ketiga mereka dalam 13 percubaan.

Ujian buat mereka yang seterusnya ialah berdepan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, esok.