Fenomena Bangmed menangis: Bos tampil sokong wartawan Astro Arena


August 6, 2024 09:48 MYT
Pengarang Urusan Berita dan Digital Astro Arena, Wan Norbazly Wan Azmi, berpandangan titisan air mata wartawan yang bertugas menzahirkan betapa Malaysia mendambakan kejayaan buat atlet negara di pentas Sukan Olimpik.
Liputan wartawan Astro Arena, Ahmed Shahrazad Sani, menyentuh perasaan seluruh peminat badminton Tanah Air yang menyaksikan kejayaan perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, merangkul pingat gangsa kedua negara Sukan Olimpik Paris 2024.
Seperti sedia maklum, Ahmed Shahrazad merupakan seorang pengamal media yang sering mengemaskini tentang sukan badminton Malaysia dan lebih mengenali kesemua atlet negara tatkala sentiasa memberi sokongan penuh dan meniup semangat tinggi kepada mereka.
Bazly menerusi laman sosial Facebook berkata, "Ada yg berkampung di venue latihan beberapa hari semata-mata untuk berkongsi cerita kepada rakyat Malaysia.
"Benar, wartawan sukan perlu bersikap neutral tetapi kita manusia.
"Kita yang menyaksikan dari jauh di Tanah Air pun mata boleh berkaca, inikan pula mereka yang mengikuti perjalanan atlet negara. Perasaan itu bukan senang untuk dikawal," katanya.
#badminton #Malaysia #Lee Zii Jia #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024
;