Federer: Saya hanya akan beraksi di gelanggang tanah liat di Roland Garros


April 3, 2017 09:08 MYT
Roger Federer mendedahkan dia akan hanya beraksi di gelanggang tanah liat di Terbuka Perancis buat tahun 2017, untuk memastikan dirinya mendapat rehat secukupnya.
Selepas berehat hampir keseluruhan musim lalu kerana kecederaan, Federer bangkit dengan penuh bergaya selepas memenangi gelaran Terbuka Australia, Terbuka BNP Paribas dan Terbuka Miami, tahun ini.
Kemenangan straight-sets 6-3, 6-4 ke atas musuh ketat, Rafael Nadal, awal pagi tadi menyempurnakan musim 2017 buat pemain tenis veteran itu.
Federer mengesahkan dia akan cuba mengelak daripada aksi kompetitif sehingga Roland Garros yang akan berlangsung dari 29 Mei sehingga 11 Jun depan.
"Saya bukan lagi berusia 24 tahun, banyak perkara yang sudah berubah dan saya tidak akan lagi beraksi di gelanggang tanah liat kecuali di Roland Garros.
"Saya memerlukan rehat, badan saya perlu melalui proses pemulihan. Saya memerlukan masa untuk membuat persiapan supaya anda semua dapat melihat saya beraksi di Perancis."
#roland garros #Roger Federer #gelanggang tanah liat #Perancis #Terbuka Perancis
;