Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengekalkan penggantungan perlawanan selama sebulan yang telah dijatuhkan kepada pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim baru-baru ini.
Perkara tersebut diumumkan FAM selepas mesyuarat Jawatankuasa Rayuan badan induk itu dipengerusikan Datuk Seri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff yang telah diadakan pada Jumaat.
Namun, Faisal diberikan kelonggaran untuk kembali turun menjalani sesi latihan bersama skuad Gergasi Merah.
"Membabitkan pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim, penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023 adalah dikekalkan.
"Jawatankuasa bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Mohamad Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak," kata FAM dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, FAM telah menjatuhkan hukuman penggantungan perlawanan selama empat bulan kepada Faisal selepas kenyataan media yang dibuat pemain itu selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lepas.
Bagaimanapun, hukuman penggantungan itu berlangsung sebulan dahulu, bermula 25 Julai hingga 23 Ogos ini, manakala bakinya ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain berusia 25 tahun itu selama setahun bermula 24 Ogos.
Sementara itu, Jawatankuasa Rayuan FAM turut menolak rayuan dikemukakan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung tiga insiden membakar suar yang dilakukan segelintir penyokong kelab itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
"Hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan," kata kenyataan itu lagi.
JDT telah dijatuhkan hukuman denda membabitkan tiga pembakaran suar dalam dua perlawanan Liga Super dan satu perlawanan Piala FA.
Sinar Harian
Sat Aug 05 2023


MFL sedia pinjam VAR untuk aksi Harimau Malaya
Malaysian Football League (MFL) sedia untuk meminjamkan peralatan teknologi video bantuan pengadil (VAR) untuk sebarang perlawanan membabitkan pasukan Harimau Malaya.

Elak Harimau Malaya lemas
Peningkatan mendadak ranking yang dinikmati skuad Harimau Malaya memberikan tonik tambahan sebelum menghadapi saingan Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

Presiden MFL tinjau fasa tiga latihan VAR
Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, turun melakukan tinjauan latihan video bantuan pengadil (VAR) fasa ke-3 yang diadakan di padang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.

Harimau Malaya terselamat daripada strategi Chinese Taipei
Kejayaan menewaskan Chinese Taipei di Stadium Taipei Municipal telah memberi 1001 makna kepada Malaysia, bukan sahaja berjaya menghapuskan badi kekalahan di Taipei semenjak 2000 tetapi ia lebih menambahkan keyakinan buat pemain.

Bola Sepak - FAM gantung Yazan Al-Arab seumur hidup
Selangor FC didenda RM23,000 dan 5 pegawai pasukan turut dihukum

Hamidin impikan skuad B-23 layak ke Sukan Olimpik Paris
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menaruh harapan tinggi untuk melihat skuad B-23 negara layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Percaturan Kim Pan-gon perlu dihormati
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, tidak kisah melihat Harimau Malaya mengecapi kemenangan tipis asalkan menang ke atas Kyrgyzstan malam esok.

Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027: KBS sediakan skrin besar buat penyokong Harimau Malaya
Kementerian Belia Dan Sukan bakal menyediakan tayangan skrin besar kepada penyokong di 16 lokasi yang telah dipilih bagi memberikan lebih pilihan buat mereka.

Sesi latihan terakhir Harimau Malaya sebelum pertarungan bemula
Kalau jam 11 pagi tadi kita dengar dah apa kata pengendali Malaysia, Kim Pan Gon menjelang aksi Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 malam esok, Ekor Harimau Malaya boleh lah siap sedia untuk mengetahui cerita terkini sesi latihan terakhir skuad negara jam 6 petang nanti.

LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam!
Berita baik buat Ekor Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Kyrgyzstan malam esok, operasi di Stesen Bukit Jalil bakal dilanjutkan sehingga ke jam 12.30 tengah malam.

Pep Guardiola not taking Luton for granted as Man City seek end to mini slump
City go to Kenilworth Road on a rare four-match winless run in the Premier League.

Enzo Fernandez and Moises Caicedo need to improve – Mauricio Pochettino
The Chelsea manager admitted the midfield duo’s development at the club is a ‘process’.

Chris Evert set for more chemotherapy as cancer returns
The 18-time grand slam champion was given the all-clear in January after treatment for ovarian cancer.

Nick Kyrgios withdraws from the Australian Open
The Australian has been sidelined in 2023 by knee and wrist problems.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.