EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal

Najmi Iman
September 15, 2024 06:31 MYT
TOTTENHAM HOTSPUR 0 ARSENAL 1
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham, malam tadi.
Seperti perlawanan sebelum ini, calon juara EPL musim ini mempertaruhkan trio serangan, Leandro Trossard, Kai Havertz dan pemain kebangsaan England, Bukayo Saka, manakala Son Heung-min serta James Maddison menjadi watak penting skuad tuan rumah.
Pemain sayap Brazil, Gabriel Martinelli, hampir meletakkan The Gunners di depan pada minit ke-17, namun percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol, Guglielmo Vicario.
Pertahanan kental, Gabriel Magalhaes, menjadi wira skuad kendalian Mikel Arteta apabila menanduk masuk bola hantaran daripada Saka sekali gus membawa pulang tiga mata penuh daripada halaman lawan.

Reigning victorious on derby day ? pic.twitter.com/8jA04cHSaV

— Arsenal (@Arsenal) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Justeru, Arsenal kini sudah mengumpul 10 mata dalam empat perlawanan dan berdiri di belakang pendahulu liga, Manchester City.
#bola sepak #Arsenal #Tottenham Hotspur #EPL #Liga Perdana Inggeris