EPL: 'Isu kecederaan bukan masalah, Man City tetap hebat daripada Liverpool'

Najmi Iman
November 21, 2024 11:28 MYT
Danny Mills berpendapat bahawa Manchester City masih sebuah pasukan yang lebih hebat daripada pencabarnya, Liverpool, meskipun dibelenggu masalah kecederaan yang melampau.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu kehilangan nama besar seperti pemenang Ballon d'Or terbaru, Rodri, Oscar Bob, Ruben Dias, John Stones, Manuel Akanji, Phil Foden, Jack Grealish, Jeremy Doku dan Nanthan Ake ekoran kecederaan.
Bekas pemain England itu mempercayai Pep Guardiola masih mempunyai pilihan pemain lain untuk dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan, namun persoalannya adakah Guardiola mampu mencipta keputusan positif untuk mengelakkan daripada pemain lain tercedera.
"City masih mempunyai skuad terkuat di dunia tanpa sebarang keraguan.
"Satu lagi tanda tanya yang bermain di fikiran ialah bagaimanakah mereka begitu mudah mengalami kecederaan. Adakah disebabkan latihan, kerap bermain atau tiada pelan sokongan? Soalnya.
#bola sepak #Manchester City #EPL #Liga Perdana Inggeris
;