Enzo Maresca menegaskan bahawa Chelsea sepatutnya menang dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di laman sendiri malam tadi walaupun mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Pasukan tuan tumah itu ketinggalan 0-1 pada minit ke-49 di Stamford Bridge apabila Chris Wood menjaringkan gol pembukaan pelawat menerusi sepakan percumanya.
Bagaimanapun, Noni Madueke kembali menyamakan kedudukan buat Chelsea berselang lapan minit.
Forest kini berhasil mencuri mata daripada dua pasukan dalam kelompok empat teratas EPL di gelanggang lawan, di mana mereka turut mencatatkan kemenangan 1-0 di laman pendahulu liga, Liverpool.
Pengurus Chelsea, Maresca, bagaimanapun, berasakan pasukannya sepatutnya meraih kemenangan dalam perlawanan itu memandangkan mereka beraksi dengan lebih seorang pemain sepanjang 13 minit terakhir selepas James Ward-Prowse dilayangkan kad merah.
"Saya fikir kami sepatutnya menang," katanya kepada BBC MOTD2.
"Mereka pasukan yang amat baik, kami sedar mereka akan bertahan dengan baik.
"Ia perlawanan yang amat sukar dan berbahaya, amat berbeza dengan Brighton. Kami bersabar sewaktu menguasai bola dan mencipta peluang.
"Penjaga gol mereka memiliki permainan terbaik. Kami mencipta peluang dan memperoleh gol dengan cara yang kami mahukan," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Oct 07 2024
Al-Nassr tersingkir, Ronaldo gagal jaring penalti
Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr tersingkir dalam pusingan 16 King Cup of Champions apabila tewas 0-1 kepada Al-Taawoun di Al-Awwal Park awal pagi tadi.
Ini sebab FAM pilih Laos lawan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos, sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa tier 1 bulan depan.
Anugerah AFC: Akram Afif dinobat pemain terbaik
Penyerang Qatar, Akram Afif, dinobatkan pemenang Anugerah Pemain Terbaik 2023 dalam Majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Seoul, Korea Selatan malam tadi.
EPL: Ruben Amorim ganti Ten Hag di Manchester United
Ketua jurulatih Sporting CP, Ruben Amorim, kian hampir menggantikan Erik ten Hag selaku pengurus Manchester United.
Saya tak mahu balik, pinjamkan saya ke Jepun -- Ini cerita sebenar Luqman Hakim
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar, berkongsi semangat yang dimiliki penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk terus menimba pengalaman di luar negara.
Serie A: Selepas empat tahun, Genoa destinasi baru Mario Balotelli
Mario Balotelli melengkapkan kepulangannya ke saingan Serie A selepas empat tahun dengan dia meninggalkan kelab lama, Brescia, untuk memperkuatkan Genoa dengan perpindahan secara percuma.
Luaskan kuasamu Johor, Alhamdulilah -- Bergson
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mengucapkan terima kasih buat penyokong yang hadir selepas menewaskan Selangor 3-0 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Saya hanya budak biasa -- Kata Rodri selepas menang Ballon d'Or
Pemain tengah Manchester City, Rodri, menjadi pemain pertama yang memenangi Ballon d'Or semasa beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Cristiano Ronaldo pada 2008.
Erik ten Hag tiada identiti -- Legenda Manchester United
Gary Neville percaya kekurangan gaya permainan dan identiti yang konsisten merupakan kegagalan terbesar Erik ten Hag di Manchester United dengan dia menjangkakan satu lagi pembangunan semula pasukan yang memiluikan di Old Trafford.
Gagal gegar Asia Tenggara, apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Kegagalan skuad remaja negara meraih tiket ke Pusingan Akhir Piala Asia B-17 2025 mencetuskan persoalan bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
Europe is the main aim for Napoli, but Scudetto is realistic according to Conte
Scudetto realistic aim for Napoli
Milan not out of title race according to head coach Fonseca
Milan not out of Serie A title race
Napoli go seven points clear at the top with 2-0 win in Milan
Report: AC Milan 0-2 Napoli
Ruud crashes out of Paris Masters after Thompson defeat
Ruud crashes out of Paris Masters
Wiegman: England 'a little too sloppy' during South Africa victory
Wiegman: England 'too sloppy'
Brentford and Southampton survive scares against Championship opposition in EFL Cup
Brentford and Saints through in cup
Wales advance to final Euro 2025 qualifying round after fighting back to deny Slovakia
Wales boost Euro 2025 hopes
Rublev's ATP Finals hopes dented after early Paris Masters exit
Rublev ATP Finals hopes dented
Alcaraz cruises past Jarry in Paris Masters opener
Alcaraz cruises past Jarry
Al-Nassr 0-1 Al-Taawoun: Ronaldo misses stoppage-time penalty in last-16 cup defeat
Report: Al-Nassr 0-1 Al-Taawoun