Ekoran siasatan BAM-SPRM, Hannah Yeoh mahu keadilan semua pihak

Najmi Iman
December 3, 2024 20:17 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bergarap segala siasatan dijalankan dengan telus mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Kestabilan persatuan sukan seperti BAM yang mampu menarik lebih ramai penaja tidak sepatutnya menerima aduan berbaur negatif.
"Saya tahu SPRM sedang menyiasat perkara ini saya menuntut keadilan bagi semua pihak.
"Ini aduan terhadap BAM.
"Untuk bersikap adil kepada semua, saya tidak mahu memberi komen terperinci mengenai perkara ini sambil menunggu siasatan SPRM selesai.

The Badminton Association of Malaysia (BAM) confirms that officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) came over to our office last week to request certain information. BAM extended its full cooperation during the visit, and the officers carried out their duties…

— BAM (@BA_Malaysia) December 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika tiada apa-apa, SPRM harus membuat kenyataan supaya keyakinan kepada persatuan sukan boleh kembali kerana mereka memerlukan dana dalam penglibatan penaja.
"Antara semua persatuan sukan, BAM mempunyai rekod yang panjang dan kewangan yang kukuh.
"Saya tidak tahu betul atau tidak berkenaan segala tohmahan tetapi saya percaya SPRM akan buat yang terbaik untuk menyiasat isu ini," katanya di Nadi Arena.
#SPRM #BAM #Persatuan Badminton Malaysia
;