Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr. Tim Jones, akan menyediakan satu pendekatan di luar kotak buat beregu utama negara.
Menurutnya, dia akan mengadakan perjumpaan dengan beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan beregu wanita, Pearl Tan-M. Thinaah, sebaik mereka pulang ke tanah air.
Jelasnya lagi, barisan pemain negara itu memerlukan satu pendekatan baru dan berbeza untuk membantu mereka daripada segi mental selepas tersingkir dalam pusingan awal Kejohanan Seluruh England minggu lalu.
"Sistem latihan yang bagus dalam BAM dapat membantu tetapi apabila ada terlalu banyak kejohanan, ia akan menjadi sedikit rumit," katanya kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz.
"Bagi saya, ia memerlukan sedikit perincian terhadap individu untuk menjadikan setiap pemain lebih tabah.
"Kami akan membina lebih banyak maklumat berkenaan profil mereka, apa sahaja, sama ada melibatkan mental, fizikal dan juga taktikal.
"Saya agak yakin bahawa diri saya, Rexy (Mainaky, Pengarah Kejurulatihan Bahagian Beregu BAM) dan jurulatih lain mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melakukannya, jadi ia cuma memerlukan sedikit masa.
"Saya fikir agak mudah untuk pemain terperangkap dengan tekanan, ia bukan hanya melibatkan pemain Malaysia, jika anda melihat negara lain, ramai juga yang mengalami isu sama.
"Ia bukan hanya pemain kita sahaja, ia lumrah terhadap dunia kompetitif bertekanan tinggi yang kita hidup di dalamnya.
"Untuk dua beregu ini, ia lebih kepada bahagian mental dan itulah yang saya cuba kuatkan dengan banyak pendekatan berbeza seperti kemahiran mental, melihat di luar kotak dan mencuba apa yang benar-benar berkesan untuk kelompok pemain ini," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Tue Mar 21 2023


Tiada lagi wakil dalam separuh akhir Terbuka Thailand 2023
Pentas suku akhir Terbuka Thailand 2023 tidak membawa tuah buat perseorangan lelaki negara selepas Ng Tze Yong disingkirkan dalam perhitungan ketiga oleh wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Rexy Mainaky tuntut kematangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani
"Jadilah dewasa, bukan seperti anak kecil." Demikian kata-kata itu diungkapkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, apabila ditanya mengenai gandingan beregu lelaki yang kembali bertaut, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Program RTG: Bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan -- Menteri KBS
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan dalam Program Road to Gold (RTG) sebagai persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Program RTG: Hamidin ada penyelesaian terbaik buat Lee Zii Jia
Biarpun berdepan prestasi tidak menentu sehingga rankingnya jatuh ke nombor 10 dunia, Lee Zii Jia masih menjadi sandaran buat negara untuk merealisasikan impian pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Badminton: Nur Izzuddin-Sze Fei sah kembali bergandingan
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Masters Malaysia: Kegagalan jadi pengalaman berguna Wei Chong-Kai Wun sasar layak ke Paris 2024
Beregu lelaki memningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, akui kecewa terlepas peluang bergelar juara Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil minggu lalu.

Masters Malaysia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan penuh bermaruah dengan kejayaan muncul sebagai naib juara dalam saingan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun bawa cabaran negara ke final
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali lagi mencipta kejutan apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan menumbangkan beregu dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Pearly Tan-M. Thinaah pamer aksi penuh dramatik mara ke final
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan sensasi dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila melangkah ke pentas final susulan kejayaan menumbangkan pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Rafael Nadal expected to miss five more months after surgery on his left hip
The 22-time grand slam champion underwent the procedure on Friday evening at a clinic in Barcelona.

Harry Tector half-century helps Ireland hold up England victory charge at Lord’s
Josh Tongue, Jack Leach and Joe Root claimed wickets but Ireland made it through until lunch on day three.

Josh Tongue named in unchanged England squad for first Ashes Tests
Tongue made his Test debut against Ireland at Lord’s with James Anderson and Ollie Robinson rested.

Max Verstappen tops rain-hit final practice for Spanish Grand Prix
Verstappen’s Red Bull team-mate Sergio Perez was second with Lewis Hamilton third.

Guenther Steiner summoned to stewards following criticism of F1 officials
The Haas team principale criticised the punishment given to Nico Hulkenberg in Monaco.

David Warner to retire from Test cricket after Ashes and Pakistan series
The Australia opener, 36, ruled out playing on beyond January.

Wimbledon champion Elena Rybakina pulls out of French Open due to illness
A virus forced the fourth seed out minutes before she was due to face Sara Sorribes Tormo in the third round.

Malky Mackay does not want his Ross County players to dwell on defeat
The Staggies are battling to preserve their cinch Premiership status.

Kris Doolan believes Partick Thistle have Premiership credentials
The Jags head to Ross County attempting to complete a return to the top-flight of Scottish football.

Chong Wei shocked by Taufik's criticism on BWF Hall of Fame induction
Lee Chong Wei refused to be drawn into Taufik Hidayat’s criticism of him being inducted into the BWF Hall of Fame, but was perplexed with the Indonesian’s unsubstantiated attacks on him.