Datuk Lee Chong Wei mengelak untuk mengulas penubuhan skuad projek khas perseorangan lelaki senior kebangsaan yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam.
Tindakan itu menggambarkan kemarahan pemain nombor satu dunia berkenaan, susulan perselisihannya dengan pengarah teknikal, Morten Frost, masih belum reda.
Ketika sesi latihan tertutup di Akademi Badminton Malaysia, hari ini, Chong Wei enggan memberi pandangan terhadap insiatif itu.
Sebaliknya, dia menyerahkan sebarang persoalan kepada ketua jurulatih bagi projek itu, Hendrawan, tetapi dia kini berada di Ipoh, Perak bagi memantau saingan Kejohanan Kebangsaan.
Skuad projek itu ditubuhkan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM bagi membantu persiapan Chong Wei untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow Scotland, Ogos depan.
Bagaimanapun, pengelolaan projek itu dan pemain yang terbabit terpisah daripada program yang dikendalikan Frost.
Perseorangan nombor dua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, menganggap peluang untuk terus berlatih dengan Chong Wei sebagai aspek positif dalam skuad itu.
"Saya rasa mungkin kami lebih selesa sebab selama ini memang ada isu-isu yang agak tidak enak untuk skuad badminton," katanya.
"Saya harap perkara ini diselesaikan seperti ini dan berjuang untuk membuktikan kepada semua."
Termasuk Iskandar, skuad yang turut disertai Chong Yee Han, Soo Teck Zhi, Soong Joo Ven dan Lim Chi Wing masih menantikan perincian perancangan daripada Hendrawan.
"Hendrawan adalah jurulatih yang senang difahami. Jadi, tiada masalah bagi dia. Semua memahami karektornya," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, menerusi satu kenyataan kepada media memberi bayangan akan bertanding merebut jawatan presiden badan induk itu dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pada April ini.
Al Amin menyerah kepada ahli gabungan untuk menentukan hala tuju kepimpinan BAM bagi penggal akan datang.
Ini susulan perkongsian Presiden, Tengku Mahaleel Tengku Arif, kepada media minggu lalu bahawa ada perjanjian untuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, untuk mengambil kerusinya.
Al Amin dan Norza dilihat sebagai dua individu berkaliber berdasarkan pencapaian mereka buat skuad badminton negara.
Public Anonymous User
Wed Feb 22 2017
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa