Cheah Liek Hou hampiri rekod 'Invincible' 2024

Shaiful Shamsudin
December 1, 2024 19:26 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, masih memiliki baki satu lagi kejohanan sebelum menutup tirai musim 2024.
Pemilik pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 itu bakal beraksi dalam Kejohanan Para Antarabangsa Bahrain di Manama dari 11 hingga 15 Disember depan.
Sekiranya muncul juara, Liek Hou bakal mengekalkan rekod bersih tanpa tewas sepanjang 2024 dalam mana-mana kejohanan antarabangsa yang disertainya.
"Saya merancang untuk menyertai sembilan kejohanan tahun depan.
"Saya menyasarkan untuk kekalkan prestasi dan kecergasan sebagai persiapan ke Sukan Para Asia 2026.
"Kalau badan saya ok, masih sihat dan kuat (maka) saya akan sambung lagi (karier sebagai atlet)," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#badminton
;