Cheah Liek Hou anggap Farid Kamil berjaya hidupkan watak Rashid Sidek

Saufi Tahir
July 7, 2024 21:17 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, berasa terharu dan tidak menjangkakan akan ada sebuah filem yang diinspirasikan dari kisah hidupnya dari kecil hingga berjaya memenangi pingat emas badminton di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Dia berasakan 95 peratus dalam filem Gold merupakan tepat dengan kisah hidupnya yang penuh dengan suka dan duka sebelum berjaya memperoleh pingat emas di Tokyo.
Malah, atlet berusia 36 tahun itu mengakui watak Datuk Rashid Sidek yang dilakonkan oleh Farid Kamal hampir sama dengan ketegasan sebenar bekas jurulatihnya itu ketika dalam sesi latihan dan sukar untuk tersenyum.

Legasi Cheah Liek Hou bakal dipaparkan di pawagam seluruh negara! Gandingan Farid Kamil pasti gegarkan panggung di Malaysia! ??Saksikan tetamu kehormat filem 'GOLD' yang bakal gempur studio Astro Arena pada 7 Julai, pukul 7.00 malam!?#NadiWeekend #AstroArena #GOLD pic.twitter.com/7tWr80FbGC

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Gold arahan Adrian Teh diilhamkan daripada kisah perjuangan sebenar Cheah Liek Hou dengan Farid Kamil memegang watak Datuk Rashid Sidek manakala Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou.
"Pertama sekali saya tidak sangka ada pengarah filem yang ingin memfilemkan kehidupan saya dari kecil hingga saya berjaya memenangi pingat emas dalam acara badminton di sukan olimpik Tokyo.
"Memang saya tidak sangka tetapi selepas berfikir selama beberapa hari saya bersetuju dengan Adrian Teh dan berikan kisah hidup saya kepada saya. Saya rasa 95 peratus tepat dari filem dan hidup saya.
"Memang watak Rashid Sidek sangat tegas dalam realiti sebenar dan sama seperti dalam filem ini dengan misainya dan tidak senyum.
Jack Tan sangat berusaha untuk melakonkan watak saya, bukan muda bermain badminton dengan tangan kiri dan dia hanya mempunyai tempoh tiga bulan sahaja untuk dia belajar. Saya ada pergi ke pengembaraan terakhir di Shah Alam." kata Cheah Liek Hou.
#badminton #Cheah Liek Hou #Gold #farid kamil