Chan Peng Soon sah tidak akan beraksi di Paris 2024?

Kamal Nizam
January 3, 2024 12:29 MYT
Dengan kehangatan Sukan Olimpik 2024, pemain badminton profesional negara, Chan Peng Soon diberitakan ingin jadikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 pada Mei sebagai penampilan terakhir.
Itu sekaligus beri petanda kuat bahawa Peng Soon tidak akan beraksi di Paris pada Ogos nanti.
Perkara itu juga disokong dengan kenyataan pemain itu sendiri yang menyatakan peluang untuknya layak ke Olimpik semakin sempit.
"Susah untuk layak kali ini, saya pun sudah bermain tiga kali dalam Olimpik.
"Pasangan beregu campuran lain sudah tonjol prestasi terbaik, jadi sangat sukar untuk rebut slot," kata Chan Peng Soon.
#olimpik #badminton #Paris 2024 #Malaysia Open