Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah mengumumkan kalendar kejohanan yang diperbaharui untuk baki tahun 2020 berikutan penangguhan saingan ekoran wabak COVID-19.
Banyak perancangan dan perundingan telah dilakukan ahli persatuan BWF dalam menyediakan kerangka potensi untuk saingan badminton bersambung semula, Ini termasuk penjadualan pertandingan sebelum ini yang telah dibatalkan atau ditangguh.
Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, berkata, "Ia merupakan tugas yang sukar untuk merancang bagi memastikan saingan badminton kembali bersambung, jadual saingan yang telah disusun sangat padat tetapi kami yakin pelan yang telah disediakan membolehkan kami memulakannya semula apabila keadaan semasa sudah selamat."
BWF telah meminda beberapa kejohanan penting yang sepatutnya dijadualkan pada April sehingga Julai telah dipinda ke September sehingga November ini.
Buat masa ini, penangguhan ini telah memberikan kesan terhadap mata kelayakan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.
Bagi Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata, "Kami sangat gembira kerana akhirnya pihak BWF telah memberikan maklumat kepada umum bagi menyatakan hala tuju saingan bagi musim ini. Banyak perkara yang harus diperhalusi ketika wabak koronavirus ini masih lagi aktif ketika ini.
"Buat masa ini, BWF hanya mengumumkan jadual saingan musim 2020, tetapi mereka belum lagi mengumumkan kriteria bagi kelayakan Sukan Olimpik."
Bagi pemain beregu campuran negara, Shevon Lai Jemie, menghadirkan kegusaran terhadap saingan yang bakal bersambung.
"Saya sangat gembira tetapi masih lagi bimbang kerana covid-19 ini masih lagi tidak dapat dibendung sepenuhnya. Beraksi di luar negara adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana tidak mengetahui bagaimana tuan rumah menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan situasi semasa," katanya.
"Tetapi sebagai pemain elit, tidak mengira tiada mata kelayakan Sukan Olimpik, saya akan tetap bersaing dan memberikan yang terbaik kerana ia merupakan tanggungjawab kami mempamerkan aksi berkualiti di gelanggang."
Ammar Hakim
Sat May 23 2020
Eriksen says Man Utd players must take blame for Selhurst Park rout
Michael Olise scored twice as Crystal Palace thrashed Manchester United at Selhurst Park on Monday.
Timberwolves rout Nuggets for 2-0 series lead
The Timberwolves took a 2-0 lead on the Nuggets, while Jalen Brunson again topped 40 points in a Knicks' win in Monday's NBA playoffs.
Wembanyama named NBA Rookie of Year
San Antonio Spurs star Victor Wembanyama was a unanimous choice as the NBA's Rookie of the Year, the league announced Monday.
'I will keep fighting' - Ten Hag adamant he is the right manager for Man Utd
Ten Hag adamant he is right manager
Man Utd thrashing a 'big statement' but Palace are not surprised, says Eze
Eze: Man Utd trashing 'says a lot'
Udinese 1-1 Napoli: Struggling Bianconeri grab last-gasp home draw
Report: Udinese 1-1 Napoli
Crystal Palace 4-0 Manchester United: Olise stars as Eagles soar to thumping victory
Michael Olise was at the double as Crystal Palace thrashed Manchester United 4-0 in Monday's Premier League encounter at Selhurst Park.
Al Ahli 1-2 Al Hilal: Malcom saves league leaders' winning streak
Report: Al Ahli 1-2 Al Hilal
Terzic: Dortmund must improve on last week's performance to win at PSG
Terzic: Dortmund need improvement
Carragher: Moyes leaving West Ham 'a great decision for everybody'
Moyes departure the right call