Kejohanan Remaja Dunia BWF 2020 yang dijadualkan berlangsung di Auckland, New Zealand, September ini, telah ditunda kepada 18 hingga 24 Januari, 2021.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dalam satu kenyataan hari ini, berkata hanya pemain yang layak dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan tarikh baharu memberi peluang kepada Badminton New Zealand dan juga penganjur kejohanan untuk menganjurkannya dengan baik.
Terdahulu sebelum kejohanan itu, Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2020 akan berlangsung dari 11-16 Januari tahun depan di venue yang sama.
Setiausaha kehormat BWF, Thomas Lund, berkata badan induk itu teruja untuk bekerjasama dengan Badminton New Zealand menganjurkan satu lagi acara besar yang menampilkan pemain remaja berbakat dari seluruh dunia.
"Selepas mempertimbangkan semua perkara, kami percaya langkah itu adalah pilihan terbaik untuk menghindari sebarang kemungkinan melibatkan perjalanan dan kesan lain berkaitan COVID-19," kata Lund.
Berkongsi pandangan yang sama adalah Ketua Eksekutif Badminton New Zealand, Joe Hitchcock, yang yakin bahawa pemain dan penyokong akan mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika kejohanan itu berlangsung pada Januari tahun depan.
"Pada masa ini, ketidakpastian situasi global adalah sangat mencabar tetapi kami akan bekerjasama dengan BWF dan rakan acara kami mengenai perancangan untuk mengendalikan kejohanan yang dijadualkan semula itu, dan kami juga perlu mematuhi peraturan serta langkah-langkah kawalan sempadan antarabangsa ditetapkan oleh kerajaan New Zealand.
"Apabila tiba waktu yang sesuai, kami akan menerima pemain-pemain badminton muda terbaik dunia ke Auckland kerana kami tahu bahawa pasukan yang akan tiba di New Zealand akan merasai pengalaman seumur hidup serta kejohanan itu bakal meninggalkan legasi positif yang berkekalan," kata Hitchcock.
Sebelum ini, BWF telah menangguhkan kedua-dua kejohanan tersebut kerana pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Arteta lauds Saka hunger after Arsenal put pressure on Man City
Bukayo Saka got Arsenal going on Saturday before the Gunners eased to a comprehensive victory over Bournemouth at Emirates Stadium.
Thomas Cup: Malaysia's campaign ends after 3-1 defeat to China
Malaysia’s Thomas Cup run came to an end at the hands of host China, who won 3-1 in the semi-finals to book a 14th final appearance where they will face Indonesia in the city of Chengdu on Sunday.
Ipswich Town promoted to Premier League after 22-year absence
Premier League football will return to Portman Road in 2024-25 after Ipswich Town pipped Leeds United to second spot in the Championship.
Arsenal 3-0 Bournemouth: Gunners put pressure back on Man City in title race
Mikel Arteta will hope Manchester City slip-up later on Saturday after Arsenal eased past Bournemouth at Emirates Stadium.
Juve boss Allegri thinks Roma will be hungry after Leverkusen loss
Allegri: Roma will be hungry
Slot focused on Feyenoord task as Liverpool speculation swirls
Slot focused on Feyenoord
Kirby hopes 'job done' after leaving Chelsea in 'better place'
Kirby waves goodbye to Chelsea
Klopp has '500 reasons' for Liverpool revenge against Spurs after VAR controversy
Preview: Liverpool v Spurs
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions
Man City tantalisingly close to WSL glory ahead of huge Arsenal clash
Man City face Arsenal in huge clash