BWF kongsi perjalanan berliku Lee Zii Jia menjelang Sukan Olimpik Paris

Afiq Azfar
July 22, 2024 18:00 MYT
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memuat naik satu hantaran di laman sosial mereka mengenai perjalanan pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi satu hantaran di laman X, BWF berkongsi perjalanan penuh liku membabitkan pemain perseorangan lelaki utama Malaysia itu.

Lee Zii Jia ?? has overcome the toughest moments of his career and is getting his love back for #badminton. ?? He's ready to bring all the positive energy and vibes to #Paris2024. ?#RoadToParis #Olympics #SuperSmashSquad | @Paris2024 @Olympics @TeamLZJ pic.twitter.com/YpS9lVJzh0

— BWF (@bwfmedia) July 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam video berdurasi kira-kira 4:42 minit itu, Lee Zii Jia menceritakan pengalaman dan perjalanan beliau mengukir nama sebagai salah seorang pemain perseorangan lelaki terbaik di dunia. Lee Zii Jia turut berkongsi cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau keluar daripada masalah tersebut dan mendapatkan kembali kecintaan terhadap sukan badminton.
Dalam hantaran yang sama, BWF turut menitipkan kata-kata semangat dan melaungkan keyakinan bahawa Lee Zii Jia akan menyinar di Sukan Olimpik Paris 2024 dan cabaran beliau turut akan mencetuskan kemeriahan dalam temasya terbesar dunia itu nanti.
#Lee Zii Jia #BWF #Persekutuan Badminton Dunia