'Bukan acara pecut, ia adalah maraton'
October 28, 2024 15:28 MYT
Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih tiga mata berharga selepas menumpaskan Selangor 3-0 dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan pada malam tadi menerbitkan rasa bangga Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baginda yang juga pemilik kelab itu berkongsi kegembiraan tersebut sambil mengucapkan tahniah buat skuad bimbingan Hector Bidoglio menerusi catatan di laman sosial.
"Syabas @OfficialJohor (JDT). Kami kekal bersama walau apa pun dan terus bekerja keras," catat baginda menerusi laman X.
Well done @OfficialJohor . We stand together no matter what and continue working hard. It’s never a sprint, It’s a marathon. On to the next one. Alhamdulillah ???♥️ pic.twitter.com/ZDr9vd9vLT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua gol sumbangan Bergson Da Silva dan satu jaringan Romel Morales memacu JDT untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selain meraih tiga mata berharga dari Petaling Jaya.
"Ia tidak pernah menjadi seperti acara pecut, ia adalah maraton," titah Tunku Mahkota Ismail.
Kejayaan membenam pencabar terdekat itu meletakkan JDT di laluan terbaik untuk mengulangi pencapaian musim 2022 dan 2023 apabila menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan.
Kemenangan tersebut juga memastikan skuad Harimau Selatan berada dalam zon selesa untuk mengekalkan kejuaraan liga buat kali ke-11 berturut-turut sejak 2014.
Kredit -- Sinar Harian