Berkat nyahaktif laman sosial, Diallo jaringkan gol kemenangan

Saufi Tahir
March 18, 2024 09:48 MYT
Keputusan penyerang Manchester United, Amad Diallo, menyahaktifkan semua akaun media sosial miliknya demi menghormati kedatangan bulan ramadan membuahkan hasil positif.
Ini berikutan dia berjaya menjaringlkan gol kemenangan penuh dramatik semasa pasukannya menewaskan musuh tradisi Liverpool 4-3, dalam saingan suku akhir Piala FA Inggeris, semalam.
"Saya menyahaktifkan semua akaun media sosial saya sepanjang ramadan hanya untuk memberikan fokus pada bulan Ramadan.
"ia bulan yang suci bagi saya dan media sosial dimana banyak perkara buruk untuk dilihat sepanjang berpuasa. Hentikan kebencian, dan tiada salah dalam apa yang saya lakukan.
"Musim lepas saya bermain untuk Sunderland dan menjadi impian saya untuk bermain bersama Manchester United.
"Jadi saya akan berada di sini untuk menikmati setiap waktu."
#Manchester United #Liverpool #Amad Diallo