Bekas killer dan feeder berbisa Thailand bakal berkhidmat untuk Malaysia

Fatin Syazwani
January 24, 2024 12:55 MYT
Malaysia bakal mendapatkan khidmat dua pakar perunding Thailand bagi acara Regu dan Double menjelang Piala Dunia Sepak Takraw yang bakal berlangsung 19 hingga 26 Mei ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di aplikasi laman X miliknya, kedua-dua perunding itu adalah bekas perejam dan apit kiri kebangsaan Thailand.

? Kem Sepak Takraw negara difahamkan bakal dapat sentuhan Thailand apabila hampir pasti untuk melantik Poonsak Permsap & Seksan Tubtong sebagai perunding bagi acara Regu & Double. Pelantikan rasmi bakal diumumkan PSM dalam tempoh masa terdekat. ?@ASTROARENA

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pooonsak Permsap, bekas perejam kebangsaan Thailand pernah memenangi empat pingat emas Sukan Asia manakala Suksan Tubtong, bekas apit kiri kebangsaan Thailand kali terakhir membantu pasukan PDRM muncul juara dalam saingan Piala Tun Ali musim lepas.
Tinggal empat bulan sahaja lagi, dengan pengambilan kedua-dua pakar ini mampu membantu skuad kebangsaan membuat persediaan sekali gus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia nanti.
#Thailand #Malaysia #Sepak Takraw