“Membawa nama negara itu jauh lebih penting daripada meletakkan diri di hadapan.”

Itu yang menginspirasikan Kento Momota untuk terus berjuang mengekalkan diri dalam kelompok pemain badminton dunia.

Malah, kehadiran ubi muda Negara Matahari Terbit juga tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun dan pemenang perak Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Hyderabad pada 2016 itu untuk berbakti kepada bumi Jepun.

“Saya amat cintakan badminton kerana setiap kali beraksi, ia memberikan keseronokan dan saya enjoy.

"Sejujurnya keseronokan itulah membuatkan saya mahu bermain selama mana yang boleh.

"Sebenarnya, tampil sebagai pemain ketiga Jepun di sini juga mencabar diri kerana saya seorang yang sentiasa mahu mengharumkan nama Jepun,” kata Momota sewaktu BATC 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam baru-baru ini.

Sebagai rekod, Momota hadir ke BATC 2024 sebagai sandaran Jepun dalam acara berpasukan lelaki.

-- Sinar Harian