Baru enam bulan, beri saya masa -- Sarjit Singh

Muzaffar Musa
September 19, 2024 19:45 MYT
Sembilan jam sebaik tiba di tanah air, ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, terpaksa menahan telinga dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.
Ia berikutan kegagalan skuad negara dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di China baru-baru ini.
Biarpun sidang media itu berlangsung tegang, Sarjit kekal menegaskan kelibatnya bersama pasukan kebangsaan masih relevan walaupun buat kali pertama Malaysia menamatkan ACT di tangga tercorot.
Ramai yang beranggapan Sarjit bakal letak jawatan ia tidak berlaku.
Sebaliknya, pengendali berusia 61 tahun ini menegaskan dia masih miliki masa 12 bulan lagi untuk membuktikan kemampuannya mengembalikan kegemilangan The Speedy Tigers.
"Pada ketika ini mungkin kita memiliki lapan hingga 10 (pemain terbaik) dan mungkin selepas beberapa bulan kita akan memiliki dalam 14 dan kemudian 18. Itulah cara kami membina pasukan ini," katanya dalam sidang media itu seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Semakin lama, akan ada pemain yang datang dan pergi. Setiap jurulatih pasti mahukan pemain terbaik, kami juga seperti itu.
"Kami mahukan pemain terbaik, kami juga mahu keputusan yang bagus.
"Harap-harap selepas pusingan kelayakan Piala Dunia Remaja Dunia nanti, kita sudah boleh melakukan perancangan untuk tempoh 12 bulan ke depan," katanya.
#Hoki #Sarjit Singh #Trofi Juara-Juara Asia