Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan akan terus menyokong usaha Datuk Lee Chong Wei untuk menakluk takhta badminton dunia sehingga maksimum kudratnya.
Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew, berkata pihaknya tidak pernah membincangkan persaraan Chong Wei.
"Kami mahunya mengekalkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia.
"Tiada perbincangan langsung untuk mencari pengganti atau menamakan pengganti untuk pemain terbaik dunia itu.
"Sebaliknya, kami mahu dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk terus memenangi kejohanan antarabangsa," katanya ketika ditemui di Kuching.
Lawrence berkata, Chong Wei ketika ini adalah pemain terbaik negara.
"Malah, dia adalah pemain terbaik dunia dan kita menjadikan dia sebagai contoh kepada pemain-pemain pelapis yang ada.
"Chong Wei mencapai tahap ini kerana disiplin, selain cara dia melihat dirinya sebagai pemain terbaik dunia.
"Kerana itu dia mengikuti rejim latihan yang ketat," katanya lagi.
Oleh yang demikian, kata Lawrence, adalah penting untuk Chong Wei terus beraksi dan muncul sebagai inspirasi kepada pemain muda.
"Kita harus menerima hakikat bahawa tidak mudah untuk mengikut jejak Chong Wei.
"Kita tidak boleh memberi tekanan kepada pemain-pemain muda hari ini untuk beraksi seperti Chong Wei."
Katanya, pemain-pemain pelapis ini harus diberi masa yang secukupnya untuk muncul sebagai juara.
"Mencipta seorang ikon bukannya sekelip mata. Kadang-kala kita bergantung kepada tuah. Tapi dalam konteks profesional, ia harus berdasarkan kaedah yang berstruktur," jelasnya lagi.
Di sebalik kritikan yang bertalu-talu, Lawrence mempertahankan bahawa BAM berada pada landasan yang tepat dalam pemilikan pemain berkualiti.
"Kami ada dua pemain yang berada dalam ranking nombor satu dunia. Ini membuktikan apa yang kami lakukan selama ini betul.
"Mungkin yang perlu kami tekankan dalam mencari pelapis Chong Wei adalah mewujudkan kaedah atau rejim latihan yang berlainan.
Apa yang dilakukan kepada Chong Wei katanya, mungkin bersesuaian untuk pemain itu tetapi tidak pada yang lain.
"Justeru, kami mengadaptasi situasi ini kepada bakat dan potensi lain yang kita ada," jelasnya.
Ujarnya lagi, ketika ini fokus sememangnya kepada Chong Wei, namun BAM tidak mengabaikan pemain kedua dan ketiga yang mungkin akan ditonjolkan apabila Chong Wei mencapai anti-klimaks pencapaiannya.
Rudi Affendi Khalik
Thu Mar 30 2017
Lillard left frustrated by injuries after Bucks eliminated by Pacers
The Milwaukee Bucks made another early exit from the playoffs as the Indiana Pacers sealed the series win in Game 6 on Thursday.
'It would be a privilege' - Hamilton looks ahead to potential Newey link-up at Ferrari
Hamilton wants to work with Newey
Ten Hag admits Man United missed out on Kane
Manchester United were linked to a move for Harry Kane last year, and Erik ten Hag reveals that he was their first choice for a new striker.
Wolves make Doyle move permanent as midfielder leaves Man City
Wolves sign Doyle from Man City
Pochettino's Chelsea future still unsure despite Tottenham win
Pochettino's future still unsure
'Everything that could go wrong, did' - McGinn reflects on Olympiacos defeat
Aston Villa have a mountain to climb after losing their Europa Conference League semi-final first leg to Olympiacos on Thursday.
Thomas Cup: Justin pays tribute to 'idol' Momota who retires after Malaysia defeat
Justin Hoh paid tribute to Japan’s decorated shuttler Kento Momota, who did not get a chance to play in his final international match after Malaysia secured a 3-1 victory to book a semi-finals showdown against China.
O'Hara announces retirement from football
O'Hara retires from football
NBA: Knicks survive 76ers to advance, Pacers eliminate Bucks with rout
Knicks, Pacers advance to East semi
Atlanta United v Minnesota United: Five Stripes not concerned by winless run
Atlanta United have not won in four games, and have the in-form Minnesota United next up on Saturday.