Badminton Terbuka Malaysia: Tiada pemain Malaysia, Axiata Arena Tetap "Fullhouse"!

Zaki Zainal
January 14, 2024 18:24 MYT
Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 dan pastinya menjadi tanda tanya adakah masih meriah atau tidak gelanggang keramat ini?
Ternyata masih padu sokongan rakayat Malaysia dan melalui tinjauan daripada wartawan Astro Arena, Karl Nunis nyata situasi itu benar belaka.

Thank You Badminton Lovers ??? ⁦@ASTROARENApic.twitter.com/B85naURcmC

— karlnunis (@_karlnunis) January 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun tiada kelibat wakil Malaysia menjelang aksi peringkat akhir nyata tidak menjadi masalah buat peminat sukan badminton tanah air turun ke Stadium Axiata Arena bagi memberikan sokongan penuh kepada pemain kegemaran mereka.

Anders Antonsen meneruskan dominasi pemain Denmark dalam acara perseorangan di Terbuka Malaysia. Viktor Axelsen muncul juara berganda pada 2 edisi terakhir. Guys, korang nak tau? Antonsen mengakui aura full house bantu dia cipta upset atasi Shi Yu Qi ??? ⁦@ASTROARENApic.twitter.com/kfn0vDecqA

— karlnunis (@_karlnunis) January 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ternyata dengan situasi ini sedikit sebanyak memberikan isyarat kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar terus menjaga hati peminat dengan menjaga prestasi pemain negara.
Jika tidak mungkin selepas ini akan wujud situasi tawar hati peminat bagi terus turun ke Axiata Arena untuk memberikan sokongan buat sukan ini.
#badminton #Terbuka Malaysia #Viktor Axelsen #Anders Antonsen
;