Badminton Terbuka Malaysia: Sahabat Lee Zii Jia muncul juara

Ammar Hakim
January 14, 2024 17:27 MYT
Wakil Denmark, Anders Antonsen, melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat pertama kali apabila mengatasi pencabar dari China, Shi Yuqi sebentar tadi.
Anders Antonsen hadir ke pentas final selepas mengatasi wakil Chinese Taipei, Lin Chun-yi sementara rakan senegara dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, terkandas apabila tewas dengan penuh dramatik di tangan Shi Yuqi.
Seperti yang tidak dijangka, corak permainan Antonsen lebih memukau sejak permulaan permainan sebelum memastikan kemenangan di set pertama 21-14.
Corak permainan yang sama turut ditampilkan apabila mengawal corak permainan di gelanggang sementara melakukan deretan pukulan yang memukau sehingga gagal disambut Yuqi.
Dia menoktahkan kemenangan 21-12 sekaligus muncul juara Terbuka Malaysia buat kali pertama dalam kariernya.

HE RETURNS!!! ✅ first-ever Super 1000 title ✅ return to ??8️⃣ Ladies and gentlemen, Anders Antonsen of Denmark!! #BWFRankingWatch #BadmintonEropa pic.twitter.com/GPopw7hV5g

— Badminton Eropa (@badmintoneropa) January 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Terbuka Malaysia #Viktor Axelsen #Anders Antonsen
;