Badminton Terbuka Malaysia: Pei Jing luah kekecewaan tersingkir awal

Azrul Ekhsan Azman
January 9, 2024 02:29 MYT
Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, meluahkan kekecewaan atas kegagalannya untuk meneruskan saingan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, hari ini susulan tewas kepada pasukan Korea Selatan, Kim Won-ho-Jeong Na-eun.
Bertemu lawan yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan, Kian Meng-Pei Jing gagal untuk membawa cabaran negara ke pusingan kedua apabila tewas 21-11, 21-16 dalam saingan yang berlangsung di Axiata Arena.
Selepas tamat perlawanan, Pei Jing yang ditemui wartawan Syifa Nasir, berkata, "Saya agak kecewa dengan persembahan kami dan meminta maaf kepada penyokong yang hadir dan berharap barisan pemain lain mampu memberikan yang terbaik."

Jelas kekecewaan Lai Pei Jing & Tan Kian Meng selepas tumpas pada pusingan awal… “Saya tatau apa yang boleh describe apa sekarang, kecewa. Sebab im quite excited untuk game harini”@ASTROARENA pic.twitter.com/kAbTwzLZpK

— Syifa Nasir (@syfansr) January 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Lai Pei Jing #Tan Kian Meng #Terbuka Malaysia