Badminton Terbuka Malaysia: Axiata Arena meriah sambut kemenangan pertama Malaysia di hari kedua

Afiq Azfar
January 10, 2024 15:47 MYT
Beregu lelaki sensasi Malaysia, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin menghadiahkan kemenangan pertama wakil Malaysia di hari kedua PETRONAS Malaysia Open 2024.
Pasangan itu berjaya menyekat impian beregu Thailand, Supak Jomkoh/Kittinupong Kedren untuk mara ke pusingan 16 apabila mudah memenangi pertarungan 2 set dengan keputusan 21-17, 22-20.
Kemenangan tersebut memberikan sinar kegembiraan buat peminat dan penyokong badminton negara setelah wakil beregu wanita negara dalam perlawanan awal hari ini, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan beregu wanita Korea, Baek Ha Na/Lee So Hee 21-14, 21-13.
Dalam aksi perseorangan lelaki berikutnya, Ng Tze Yong terpaksa akur untuk menarik diri ketika menentang Koki Watanabe akibat mengalami kecederaan di bahagian belakang badan tatkala aksi baru memasuki mata 12-8 pada set pertama.
Statistik Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MY) vs Supak Jomkoh/Kedren Kittinupong (TH)
Total Points: 43 vs 37
Service Points: 24/43 (55.8%) vs 18/37 (48.6%)
Receiver Points: 19/37 (51.3%) vs 19/43 (44.2%)
Max points in a row: 7 vs 4
#“Badminton” #Badminton Terbuka Malaysia
;