Badminton Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin atasi rintangan rakan senegara
Shaiful Shamsudin
January 17, 2025 09:41 MYT
January 17, 2025 09:41 MYT
Beregu utama lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menjamin tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, awal pagi tadi.
Mereka terpaksa mengorbankan rakan senegara, Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King, dalam pusingan kedua dengan keputusan 25-23, 21-19.
Mereka akan berdepan wakil Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen, dalam aksi suku akhir hari ini.