Badminton Malaysia Super 100: Wong Ling Ching bergelut kuasai kekuatan bulu tangkis

Shaiful Shamsudin
October 16, 2024 18:01 MYT
Keletihan menjadi punca perseorangan remaja negara, Wong Ling Ching, tewas straight set 18-21 dan 15-21 kepada Taiwan, Peng Yu Wei, dalam Kejohanan Badminton Malaysia Super 100, sebentar tadi.
Dia yang baru sahaja pulang daripada kejohanan Terbuka Macau yang menyaksikan laluannya disekat perseorangan Jepun, Tomoka Miyazaki, dalam pusingan 32, dua minggu lalu.
"Jurang kami adalah tenaga sahaja.
"Pemain lawan mampu menguasai seluruh gelanggang atas faktor kelajuan bulu tangkis,.
Jadi pihak lawan menggunakan kelebihan tenaga untuk memberi tekanan.
"Saya ada buat persiapan tapi ini kali pertama saya berdepan kelembaban bulu tangkis dan tenaga saya tidak bersedia.
"Bulu tangkis dalam kejohanan sebelum ini jadi saya tidak perlu pakai banyak tenaga.
"Jadi saya perlu asah lagi kekuatan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#badminton
;