Badminton Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei penuh bergaya lolos ke pusingan ketiga

Ammar Hakim
August 23, 2023 11:33 MYT
Pasangan beregu campuran negara naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei, tiada masalah menundukkan wakil Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, sebentar tadi.
Atas kertas, kelebihan sedikit memihak pasangan negara dengan rekod pertemuan sebelum ini memihak Tang Jie-Ee Wei, menerusi kemenangan dalam aksi tiga set di suku akhir Terbuka Singapura.
Ianya ternyata berasas dengan pasangan negara itu yang mendominasi aksi set pertama sebelum lawan bangkit menyamakan kedudukan 19-19 sebelum Tang Jie-Ee Wei berjaya memastikan kemenangan set pertama 21-19.
Set kedua, pasangan Hong Kong yang mengisi ranking ke-25 tersebut cuba bangkit, namun strategi mereka berjaya dihidu Tang Jie-Ee Wei yang sekali lagi garang menguasai permainan.
Permainan kemas pasanngan negara itu memudahkan mereka memastikan kemaraan ke pusingan ketiga menerusi kemenangan 21-9 dalam masa hanya 36 minit.
#badminton #Goh Soon Huat #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Shevon Lai #Kejohanan Badminton Dunia BWF