Badminton Dunia BWF: 30 regu terbaik dunia miliki peluang muncul juara, kata Yew Sin

Ammar Hakim
August 14, 2023 19:42 MYT
Mana-mana gandingan dalam kelompok 30 terbaik dunia berupaya cabar kejuaraan edisi 2023, berdasarkan perkongsian daripada beregu profesional negara, Ong Yew Sin.
Yew Sin dan gandingannya, Teoh Ee Yi, diundi dalam kelompok bawahan, dan diramal memiliki peluang realistik untuk ke separuh akhir.
"Semua mampu meraih peluang untuk menghasilkan kejuatan dan menjuarai kejohanan ini. Ramai beregu yang berkualiti dan kami sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan demi perlawanan," kata Yew Sin yang ditemui Nadi Arena.
Jika semuanya mengikut perancangan, ada kemungkinan untuk Yew Sin dan Ee Yi bertemu bintang India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di suku akhir, situasi mirip ketika mereka menang gangsa Kejohanan Dunia edisi 2021.
Bagaimanapun, untuk ramalan itu menjadi realiti, Yew Sin-Ee Yi memilki baki enam hari untuk mencari prestasi sebenar, memandangkan tiga kejohanan terakhir di Terbuka Korea, Jepun dan Australia menyaksikan mereka tersingkir di pusingan kedua.
"Kami perlu meningkatkan lagi mutu permainan, memperbaiki corak komunikasi dalam gelanggang. Secara keseluruhan sangat baik, tekanan itu ada, tetapi ia adalah yang positif kerana kami memburu kejayaan dan ia dapat membantu meningkatkan mutu permainan."
#badminton #Kejohanan Badminton Dunia #Ong Yew Sin #Teoh Ee Yi
;