Badminton Antarabangsa India: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lolos ke suku akhir

King Hisyam
November 30, 2023 16:06 MYT
Pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin melepasi halangan di pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa India selepas menundukkan beregu tuan rumah Nitin Kumar-Navdha Manglam.
Dalam aksi perlawanan yang berlangsung hari ini beregu negara itu tidak berdepan banyak masalah untuk menguasai dua set permainan dengan mudah dengan 21-13 dan 21-13 untuk ke pusingan seterusnya.
Sementara itu, dalam aksi perseorangan lelaki pula menyaksikan pemain negara Cheam June Wei gagal meneruskan kemaraan selepas tewas ditangan pemain Chinese Taipei, Chi Yu Jen dalam 3 set permainan.
Menang di set pertama namun June Wei gagal mengulangi rentak kemenangan tersebut dalam dua set permainan seterusnya dengan 21-17, 11-21 dan 17-21.
Jadual pusingan kedua hari ini juga menyaksikan beberapa senarai pemain negara turun berentap membabitkan acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.
#badminton
;