BAC: Pearly Tan-M. Thinaah terkandas di pusingan pertama

Saufi Tahir
April 11, 2024 02:38 MYT
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur selepas tewas dalam pusingan 32 di Kejohanan Badminton Asia (BAC) berdepan lawan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, yang berlangsung di Ningbo, China, awal pagi tadi.
Begitupun, bertemu dengan lawan yang berada di kedudukan nombor lapan dunia itu bermula dengan sengit dan pasangan beregu nombor satu Malaysia itu berjaya mengutip mata demi mata untuk meraih kemenangan 21-19.

RESULTS: #BAC2024 R32#JPN?? Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara(8) def. #MAS?? Pearly Tan-M Thinaah 19-21 21-13 21-16 ? @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Ub7j5e0oyE

— BAM (@BA_Malaysia) April 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam set kedua, pasangan dari Jepun bermula dengan lebih agresif untuk kembali mendominasi perlawanan sepenuhnya untuk meninggalkan jurang yang besar dengan lapan mata ketinggalan untuk berjaya menang 13-21 justeru mengheret aksi ke set penentuan.
Kedua-dua pasangan beregu cuba untuk mengurangkan kesilapan dalam set ketiga sehingga perlawanan terikat 15-15 tetapi lawan yang cemerlang berjaya menamatkan perlawanan 16-21 untuk mengecewakan pasangan beregu negara sekaligus menempah tempat mereka ke pusingan seterusnya.
Pemain beregu lelaki, Ong Yes Sin-Teo Ee Yi, juga tidak berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas tewas di tangan beregu Jepun, Ayato Endo-Yuta Takei.

#BAC2024 Order of Play Day 3️⃣ ⏰ Est. 11.50 am (MYT)#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/EFTUTwidzw

— BAM (@BA_Malaysia) April 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Pearly Tan #M. Thinaah #BAC