Daripada bekas juara remaja dunia dan kini dijulang dalam kalangan bintang elit, Viktor Axelsen membuktikan kemahuan mengatasi segalanya, termasuk bakat semula jadi.
Pertembungan Siri Super Akhir 2016 mempertemukan dua bekas juara remaja dunia, Axelsen bagi edisi 2010 dan Tian Houwei pada tahun sebelumnya.
Statistik wakil negara akan sentiasa terikat dengan dua nama ini memandangkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin berentap dalam final 2009 itu menentang Houwei.
Axelsen pula kecundang pada edisi 2011 kepada individu yang masih dianggap permata badminton tanah air, Zulfadli Zulkifli.
Bagi Axelsen, tiada jalan pintas dan rahsia apabila dia menawarkan pandangan terhadap perkembangan peralihan dia daripada pentas remaja ke senior.
“Tiada rahsia bagi saya. Ia cuma atas usaha dan kerja keras saya dan anda perlu berusaha untuk mempertingkatkan kualiti permainan bukan sahaja di dalam gelanggang, malah di luar gelanggang.
"Anda perlu menjaga fizikal dan saya yakin saya akan melakukan rutin ini sepanjang karier saya kerana ia amat penting," ujar Axelsen.
2016 akan dikenang sebagai musim menakjubkan buat Axelsen yang melengkapkan kempen dengan kejuaraan dalam Siri Super Akhir di Dubai, termasuk menyingkirkan Datuk Lee Chong Wei daripada saingan, kemenangan pertamanya ke atas pemain nombor satu dunia itu selepas sepuluh pertemuan.
Kejayaan membawa pulang gangsa daripada Olimpik Rio menewaskan legenda China, Lin Dan, juga petanda hanya ketentuan masa dan bukan kemungkinan menjadi cabaran buat Axelsen bergelar juara dunia satu hari nanti.
“2016 merupakan tahun yang menakjubkan bagi saya. Terlalu banyak perkara berlaku dan buat masa sekarang, saya hanya mampu mengimbau kembali dan berharap untuk mengulanginya pada tahun hadapan."
Ammar Hakim
Mon Dec 19 2016
Pochettino's Chelsea future still unsure despite Tottenham win
Chelsea closed the gap to the top seven to two points with their win over Tottenham, but there are still doubts over their manager's future.
'Everything that could go wrong, did' - McGinn reflects on Olympiacos defeat
Aston Villa have a mountain to climb after losing their Europa Conference League semi-final first leg to Olympiacos on Thursday.
Thomas Cup: Justin pays tribute to 'idol' Momota who retires after Malaysia defeat
Justin Hoh paid tribute to Japan’s decorated shuttler Kento Momota, who did not get a chance to play in his final international match after Malaysia secured a 3-1 victory to book a semi-finals showdown against China.
O'Hara announces retirement from football
O'Hara retires from football
NBA: Knicks survive 76ers to advance, Pacers eliminate Bucks with rout
Knicks, Pacers advance to East semi
Atlanta United v Minnesota United: Five Stripes not concerned by winless run
Atlanta United have not won in four games, and have the in-form Minnesota United next up on Saturday.
D.C. United v Philadelphia Union: Gazdag eyes response after landmark goal overshadowed
Daniel Gazdag became the Philadelphia Union's all-time leading goalscorer earlier this week, but it counted for little.
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli