Astro Kasih kumpul RM120,000 buat tiga sekolah menerusi Walk for Education

Muzaffar Musa
July 22, 2022 13:12 MYT
Astro Kasih menerusi penganjuran Walk for Education pada 28 Mei lalu berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM120,000 yang diagihkan kepada tiga buah sekolah tempatan.
Tiga sekolah berkenaan, yang akan menerima RM40,000 setiap satu, ialah SK Magandai dan SK Malinsau di Sabah, dan SK Sg Paku di Sarawak.
Dana tersebut akan digunakan bagi pembinaan asrama, sekali gus dapat memudahkan pelajar-plajar di sekolah berkenaan.
Walk for Education merupakan acara larian sejauh 5 kilometer di Putrajaya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesukaran kanak-kanak di Sabah dan Sarawak untuk ke sekolah dan mengumpulkan dana bagi meringankan beban mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata: "Asrama ini akan dapat menempatkan kesemua pelajar di sini agar mereka mempunyai akses kepada pendidikan, guru dan bahan pembelajaran.
"Ia akan membantu mereka untuk meluangkan lebih masa di sekolah dan mendapat lebih akses kepada pembelajaran.
"Kesannya selama beberapa tahun ini, kita dapat melihat kualiti pembelajaran pelajar telah meningkat.
"Kami memantau dan mengikuti keputusan mereka dan dapat lihat peningkatan dari semasa ke semasa," katanya.

Astro Kasih yang menganjurkan 'The Walk For Education' berjaya kumpul dana sebanyak 120 ribu Ringgit Malaysia! pic.twitter.com/sOALmi2ugc

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you everyone who joined & supported our Walk for Education event on 28 May. The crowd was amazing & YOU ARE AWESOME. The children in East Malaysia would like to thank all of you too! ?? Stay tuned to our future events.?#throwback #280522 #astrokasihesg #walkforeducation pic.twitter.com/LAOOXcjHMs

— Astro Kasih (@astrokasih) May 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro Kasih #Henry Tan #Walk for Education