Juara Sukan Komanwel, Lakshya Sen, meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Kejohanan Badminton All England apabila berjaya menyingkirkan wakil Malaysia, Lee Zii Jia dalam aksi suku akhir semalma.

Sen, naib juara edisi 2022, berjaya mengatasi juara 2021 20-22, 21-16, 21-19 dalam pertembungan yang melewati satu jam dan 10 minti. Ia merupakan kemenangan keempat wakil India itu ke atas Zii Jia dalam lima pertembungan.

Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini menjadi wakil tunggal negara ke separuh akhir selepas mengatasi pasangan Indonesia, Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-14, 21-11.