Pemain lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menyifatkan kekuatan mentalnya menjadi kunci kepada kejayaan menewaskan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton All England pada semalam.
Dalam aksi di Utilita Arena, Birmingham itu, Zii Jia yang berada di ranking ke-10 dunia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 itu 21-15, 21-12 dalam masa 33 minit permainan.
Pemain berusia 25 tahun itu dilihat lebih banyak bersabar dan tenang dengan taktikal permainannya untuk berada dalam kelompok lapan terbaik.
Malah strategi menyerang yang dipraktiskan Zii Jia turut menjadi apabila kerap kali memerangkap pergerakan lawan.
"Saya lebih banyak bersabar dan teruskan fokus di dalam gelanggang. Itu strategi saya.
"Pada masa yang sama saya juga menanti peluang untuk menyerang dan ia berhasil," katanya.
Pemain yang berasal dari Kedah itu bakal membuat perhitungan dengan pemain India, Lakshya Sen dalam saingan suku akhir malam ini.
Zii Jia turut mendedahkan mempunyai corak permainan yang sama dengan Kean Yew apabila saling bersaing secara sengit sesama mereka.
"Sebenarnya saya dan Kean Yew mempunyai satu persamaan, apabila kami berada pada tahap terbaik kami mampu mengalahkan sesiapa. Tapi bila kami tidak berada pada tahap sebenar, kami boleh kalah kepada sesiapa.
"Saya rasa kita boleh lihat Kean Yew tidak berada dalam tahap terbaik banyak kesilapan 'unforced' dari beliau. Apapun saya masih gembira dengan keputusan ini," katanya.
Zii Jia yang kecewa dalam Kejohanan Terbuka Perancis minggu lalu apabila tersingkir seawal pusingan pertama setelah tewas kepada pemain Denmark, Magnus Johannesen mendedahkan resipi kebangkitannya di Birmingham.
"Minggu lepas adalah satu perlawanan yang mengecewakan. Saya rujuk (bincang) dengan jurulatih, lihat di mana kami boleh baiki (kelemahan).
"Secara dasarnya minggu ini saya cuba mendapatkan tahap keyakinan dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan kami harap ia akan berterusan," katanya.-Sinar
Ammar Hakim
Fri Mar 15 2024
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki berdasarkan senarai penerimaan.
BAM perlu lebih berani -- Sadek Mustafa
"Tidak adil kepada pemain lain"-- Roslin Hashim
Pelbagai reaksi dan persoalan yang dilontarkan terhadap isu wang pampasan yang diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kepada jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Patriotisme perlu mengatasi perkara lain, kata pemerhati sukan terkenal, Datuk Dr. Pekan Ramli, mengenai isu pampasan melibatkan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.
Kejohanan Badminton Asia: Laluan Lee Zii Jia disekat perseorangan Indonesia
Hasrat untuk menyaksikan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia tidak kesampaian apabila tewas secara set langsung kepada wakil Indonesia, Jonatan Christie, dalam aksi suku akhir di Ningbo, China sebentar tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia laung seluruh jiwa raga buat negara
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, dalam satu ciapan X Team LZJ hari ini, melaungkan kesetiaan tidak berbelah bahaginya buat negara menjelang Kejohanan Badminton Piala Thomas di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.
Zii Jia sah terbang ke Chengdu
Persoalan yang bermain di minda peminat sukan badminton akhirnya terjawab apabila pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, telah pun mengesahkan penyertaannya dalam saingan Piala Thomas yang akan berlangsung di Chengdu, China, pada 28 April hingga 5 Mei ini.
Kejohanan Badminton Asia: Zii Jia lolos ke suku akhir
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, meneruskan cabaran dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila berjaya lolos ke pusingan suku akhir.
Lee Zii Jia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, secara tidak rasmi sudah mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Terbuka Switzerland: Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali mempamerkan permainan matang apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel awal pagi Jumaat.
Durant urges Suns to use fans' frustration as 'fuel' towards playoff recovery
Many Phoenix Suns supporters left Game 3 against the Minnesota Timberwolves early, and Kevin Durant understands their frustrations.
Ancelotti salutes Madrid's 'commitment and desire' following Sociedad victory
Ancelotti salutes Madrid desire
Women's Champions League semi-finals finely poised
Women's UCL semi-final preview
Leicester City seal automatic Premier League return
Leicester City will be back in the Premier League next season, following Leeds United's capitulation at Loftus Road on Friday.
Chicago Fire v Atlanta United: ‘Think like champions’ urges Giakoumakis
Preview: Chicago v Atlanta
NBA: Haliburton lifts Pacers to 2-1 lead; Wolves take 3-0 lead and Mavs go up 2-1 on Clippers
Tyrese Haliburton converted a 3-point play in the waning seconds of overtime to give the Pacers a win over the Bucks and a 2-1 lead
Thomas Cup: Dream start for Malaysia after thrashing Hong Kong 5-0
Malaysia have one foot in the Thomas Cup quarter-finals after the national team made the perfect start in this prestigious event by demolishing Hong Kong 5-0 in their Group D opener on Saturday.
New York Red Bulls v Vancouver Whitecaps: Facing Eastern Conference teams ‘like going to the casino’
The Vancouver Whitecaps head to the Big Apple to face the New York Red Bulls for the first time since May 2019 on Saturday.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes