All England Live: Misi ke separuh akhir bermula!

Ammar Hakim
March 15, 2024 04:37 MYT
Sudah pasti ramai mahu menyaksikan aksi cemerlang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, diteruskan dalam usaha memburu slot ke separuh akhir!
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan Badminton Seluruh England, petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Turut mengiringi, Pasangan beregu lelaki dan wanita, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Pearly Tan-M. Thinaah yang turut dalam usaha memburu gelaran musim 2024 di Utilita Arena Birmingham.
Ikuti perjuangan pemain negara menerusi Astro SuperSport 814 dan Arena 801.
#Lee Zii Jia #Singapura #Kejohanan Badminton Seluruh England #Loh Kean Yew #All England