Alex Morgan bersara dengan rekod 224 kaps bersama 123 gol

King Hisyam
September 9, 2024 14:25 MYT
Pemain sensasi skuad wanita kebangsaan Amerika Syarikat, Alex Morgan, 35, kahirnya berundur secara rasmi daripada dunia bola sepak selepas pengumumanya beberapa hari lalu.
Morgan membuat penampilan terakhirnya bersama kelab San Diego Wave ketika menentang North Carolina Courage dalam kancah liga NWSL semalam dengan penuh emosi.
Sepanjang kariernya bersama skuad kebangsaan 'Uncle Sam', Morgan telah membuat penampilan sebanyak 224 kaps di peringkat antarabangsa sejak 2010 dengan meledakan sejumlah 123 gol di pelbagai peringkat kejohanan.
Malah ketika menyertai skuad bawah 20 tahun, Morgan turut mempamerkan penampilan yang cukup memukau dengan mencetak lima jaringan sebanyak daripada sepuluh penampilanya.
Maka tidak hairanlah andai pelbagai kelab bola sepak daripada pelbagai liga sentiasa memiliki hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.
Sejak 2008 Morgan telah menyertai 12 buah kelab sehingga 2024 dengan menjadikan San Diego Wave selaku kelab terakhir yang ingin disertainya.
Sepanjang menyertai San Diego Wave beliau telah berjaya mengumpul jumlah jaringan paling banyak iaitu 22 gol dalam 47 penampilan.
Morgan juga pernah menyertai kelab Lyon selain Tottenham Hotspur pada 2017 dan 2020.
Menurut rekod yang dicatatkan, Morgan tidak pernah gagal memahat sejarah untuk mencipta jaringan dalam setiap penyertaanya Morgan di setiap kelab bola sepak yang disertainya.
Morgan bagaimanapun menyifatkan keputusan untuk bersara ketika ini adalah dibuat pada masa yang tepat dan beliau benar-benar rela hati untuk melakukanya.
Bagaimanapun menurut Morgan, persaraanya itu tidak bermakna bahawa dia akan terus lenyap dari dunia bola sepak yang dicintainya malah berkemungkinan akan terus memberikan sumbangan walaupun sekadar di luar padang.
#USA #Alex Morgan #San Diego Wave
;