Aku tak tahu lah nak lempang ke sayang budak ni -- Lee Chong Wei
Aleqha Zainal
October 15, 2024 14:39 MYT
October 15, 2024 14:39 MYT
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah buat beregu muda lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing, selepas muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, semalam.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, dia berkongsi bahawa dedikasi dan kerja keras yang dipamerkan oleh pasangan muda itu adalah contoh terbaik sekali gus menjadikan masa depan badminton Malaysia lebih cerah.
"Tahniah kepada Aaron Tai dan Kang Khai Xing kerana mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai Kejohanan Remaja Dunia! Melihat perjuangan kalian, mengingatkan saya kepada masa muda saya – tetapi anda berdua telah berjaya merangkul gelaran yang saya tidak pernah capai!.
"Dedikasi dan sikap pantang menyerah kalian telah membuahkan hasil, dan masa depan badminton Malaysia kini lebih cerah dengan bakat seperti anda berdua!
"Ingat, ini hanyalah permulaan. Teruskan mencabar diri, menjadi kehebatan, dan jangan pernah berhenti mempercayai kemampuan diri. Dunia sedang memerhati – dan percayalah, kalian mempunyai apa yang diperlukan untuk menaklukinya!
"Dan semua orang… ingatlah nama-nama ini juga… Dania Sofea Zaidi (akan genap 17 tahun bulan depan) dan Low Zi Yu (baru 14 tahun). Saya menonton permainan mereka dengan penuh kebanggaan."katanya.
Dalam masa yang sama, dia turut berkongsi kisah lucu perbualan bersama anaknya yang ingin belajar membuat karangan.
"Tengahari tadi. Sambil layan Badminton di kaca TV sambil layan homework budak-budak.
Terrance : “Papa . Bole ajar I buat karangan?”
"Aku : “Papa takde la pandai tapi cube ya.”
Kingston dengan sombong : “Biar aku ajar ko Terrance. Aku bole buat satu karangan paling pendek di dunia yang seram, lucu dan menyedihkan.”
'Aku : “Mana mungkin seram, lucu dan sedih semua sekali. Ko cuba la. Aku menilai. Jangan sombong.”
"Kingston : “Pada suatu masa dahulu, ada seekor hantu yang menakutkan….(sambil tunjuk muka hantu) Satu hari, dia terkentut . Arh.. lucukan..
"Lepas tu, dia terhidu kentutnya , busuknya tertusuk ke hati hantu, dan terus tamat hayat hantunya keseorangan .. nah sedihkan…
Itu dia karangan pendek yang seram, lucu dan menyedihkan.”
"Aku tak tau la nk lempang ke sayang budak ini, dari mana la datang idea idea busuk ni.
Happy Mondays guys!."