Penyertaan Datuk Lee Chong Wei dalam saingan Siri Super Terbuka China dan Hong Kong menjadi tanda tanya, dengan wujud kebimbangan serius terhadap kecergasan pemain badminton nombor satu dunia itu.
Chong Wei mengalami kecederaan hamstring di Siri Super Premier Terbuka Denmark ketika tewas dalam suku akhir kepada Brice Leverdez.
Kecederaan itu turut memaksa Chong Wei untuk menarik diri daripada Terbuka Perancis selepas mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
"Kami masih perlu mendapatkan penilaian daripada doktor terlebih dahulu.
"Saya tahu dia (Chong Wei) telah melakukan pemeriksaan di Paris. Apapun, kami perlu mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat doktor di sini untuk menentukan keadaannya," jelas Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost.
Buat masa ini, nama Chong Wei masih disenaraikan untuk beraksi di Terbuka China dan Hong Kong, di mana dia merupakan juara bertahan.
Sekalipun kembali pulih, tiada paksaan untuk Chong Wei mengerah keringat memandangkan keperluan sebenarnya adalah persiapan musim 2017 dalam menuju Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.
"Sukar untuk mengesahkannya (beraksi di China dan Hong Kong). Sudah tentu kami mahu memanfaatkan peluang itu, tapi dalam masa yang sama, dia perlu menentukan keadaan fizikalnya dahulu.
"Ini melibatkan keputusan bersama dan bukan di sebelah pihak sahaja."
Shaiful Shamsudin
Fri Oct 28 2016
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa