ACLE: Saya mohon maaf, tidak dapat kawal emosi -- Kata Theerathon Bunmathan buat Arif Aiman
Saufi Tahir
December 5, 2024 07:34 MYT
December 5, 2024 07:34 MYT
Pertahanan Buriram United, Theerathon Bunmathan, memohon maaf atas tindakan nakalnya kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, ketika kunjungannya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
Tindakan kurang bijaknya itu menghukum diri apabila menerima layangan kad merah selepas pengadil perlawanan melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) pada minit ke-44.
?Teerathon Bunmathan on insiden ‘nakal’ ke atas Arif Aiman. “I would like to apologize for my inappropriate actions. I deeply regret and am very disappointed in myself for being unable to control my emotions. It should not have happened”???@ASTROARENA pic.twitter.com/ioRqqn2OxX
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aksi itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan sekali gus menyaksikan JDT dan Buriram berkongsi lapan mata selepas enam perlawanan dalam saingan Kumpualan A, ACLE.
"Saya ingin memohon maaf atas tindakan saya yang tidak wajar, saya amat kesal dan amat kecewa dengan diri saya sendiri kerana tidak dapat mengawal emosi saya. Ia tidak sepatutnya berlaku." katanya.