Aaron Chia beri rating pencapaian sepanjang tahun ini
Shaiful Shamsudin
December 20, 2024 10:24 MYT
December 20, 2024 10:24 MYT
Aaron Chia memberikan penarafan 7.5 per 10 atas prestasi dia dan gandingannya, Soh Wooi Yik, untuk musim 2024 dan mengakui tidak boleh memberikan rating yang lebih tinggi disebabkan prestasi mereka dalam Sukan Olimpik Paris.
Aaron-Wooi Yik memperoleh pingat gangsa Sukan Olimpik kedua selepas kebangkitan dramatik ke atas wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, yang menyaksikan mereka menyelamatkan empat mata mata akhir dalam set kedua.
Begitupun, dalam satu temu bual baru-baru ini, Aaron menilai prestasi mereka itu berdasarkan terkandas ke final Sukan Olimpik Paris.
"Saya akan katakan 7.5. Baki 2.5 adalah daripada kekesalan Sukan Olimpik. Saya berasakan prestasi sendiri tidak cukup stabil. Kami tewas kepada Wang Chang-Liang Wei Keng dalam separuh akhir. Kemahiran kami setanding, cuma kami gagal memanfaatkan saat-saat genting.
“Kami berada di bawah tekanan ketika itu kerana Malaysia mengharapkan kami memenangi pingat emas. Tetapi Wooi Yik terus memberitahu saya untuk sentiasa percaya, berjuang untuk setiap mata dan selagi kami percaya, keputusan yang baik akan menyusul,” katanya.
Q: How do you define yourselves?Soh Wooi Yik: Actually in terms of competition, we've always been in the top 10 or top 5, consistently maintaining a high level. The Olympics was our goal, and we saw in the Olympics, when we truly showcased our abilities, (cont.) pic.twitter.com/Td5Jz8KHhN
— mai (@tipsofmaipen) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aaron-Wooi Yik baru-baru ini kehilangan status sebagai beregu lelaki utama Malaysia selepas dipintas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang kini menduduki tangga ketiga dunia.
Namun, mereka yang kini menduduki tempat keenam tampak lebih tekal pada tahun ini.
Walaupun hanya sekali memenangi Kejohanan Jelajah Dunia menerusi Korea Masters, Aaron-Wooi Yik mara ke final All-England dan separuh akhir Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Asia.
Mereka juga konsisten mara ke suku akhir siri Jelajah Dunia dan kekal sebagai pasangan lima terbaik dunia sepanjang tahun ini.