Granit Xhaka hampir meninggalkan Arsenal pada penghujung 2019 selepas menerima kebencian daripada segenap penyokong kelab itu.
Pemain kebangsaan Switzerland itu berkata dia berasa 'amat tidak dihormati' selepas diejek oleh penyokong sendiri dalam satu insiden pada Oktober tahun berkenaan dan dia sedar bahawa dia tidak akan menjadi rakan buat kebanyakan penyokong kelab itu walaupun menjadi tonggak utama Arsenal.
Xhaka dilucutkan daripada tanggungjawab kapten susulan tindakannya membuang lilitan lengan ketika diejek penyokong sendiri sewaktu Arsenal terikat 2-2 dengan Crystal Palace tetapi dia kemudian kembali merebut tempatnya sebaik Mikel Arteta dilantik sebagai pengurus.
Pemain tengah itu melakukan 19 penampilan musim ini dan kesemuanya sebagai kesebelasan utama -- di mana Arsenal kini sedang dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan -- tetapi dia berkata bahawa dia tidak pernah lupa pengalaman bagaimana keadaannya meninggalkan padang setiap kali selepas tewas sesuatu perlawanan.
"Bagasi saya sudah dikemas, pasport sudah tersedia, saya sudah tak larat di Arsenal. Sudah cukup," kata Xhaka kepada Players' Tribune.
"Terdapat kontrak daripada kelab lain di atas meja dan apa yang perlu saya lakukan hanya menandatanganinya.
"Yang pertama, saya ingin menjelaskan bahawa saya sayangkan Arsenal, saya sentiasa dan masih lagi menyayanginya. Saya akan memberikan segala-galanya untuk kelab ini sehingga saya meninggalkannya. Sya juga tahu ada orang yang tidak suka saya, ia sebahagian daripada bolasepak dan saya memahaminya.
"Tetapi pada hari menentang Crystal Palace, ia sudah melampau. Saya dikeluarkan selepas hampir sejam permainan. Saya hampir tidak dapat bergerak apabila mendengar ejekan itu dan ia bukan hanya beberapa orang di penjuru, ia melibatkan ramai orang.
"Saya terkejut. Kebenciannya. Benar-benar satu kebencian. Saya tidak pernah ada masalah untuk dikritik tetapi apabila diejek oleh penyokong sendiri? Sebagai kapten? Ia berbeza, ia tentang kehormatan.
"Pada hari itu, saya rasa tidak dihormati. Komen-komennya sudah melampau, ia menjadi peribadi. Benar, saya adalah kapten Arsenal tetapi saya juga seorang manusia. Jadi, sebagai manusia, saya memberikan reaksi.
"Adakah saya salah berdasarkan apa yang saya lakukan? Benar, tetapi adakah saya akan melakukan sesuatu yang berbeza jika ia berlaku lagi esok? Sejujurnya saya tidak tahu.
"Sehingga hari ini, jika kami tewas, saya benci untuk berjalan di beberapa meter terakhir menuju keterowong pemain kerana saya masih mengingati setiap muka mereka. Orang yang sama masih duduk di sana," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Apr 14 2022
Liga Super: Sabah cemerlang raih kemenangan pertama atasi Kelantan
Sabah cemerlang meraih kemenangan pertama musim ini apabila mengatasi Kelantan Darul Naim 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu sebentar tadi.
Jangan ganggu, biar polis teliti siasatan - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta peminat dan penyokong bola sepak memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terhadap insiden yang berlaku ke atas tiga pemain baru-baru ini.
Liga Super: Terengganu terima tajaan keseluruhan RM8.3 juta
Terengganu menerima keseluruhan tajaan lebih RM8 juta bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025 musim ini.
TMJ seru 'stop violence in football'
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menyeru agar segala bentuk keganasan dihentikan serta-merta dalam arena bola sepak negara.
AFC Perkenal empat kejohanan baru
Menjelang pembukaan musim baru 2024/2025, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), memperkenalkan empat siri kejohanan baru bagi benua Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Piala FA: Cabaran sukar menanti Selangor, JDT bertemu Kelantan di pusingan 16
Selangor bakal menempuh perjalanan sukar untuk membawa cabaran ke final Piala FA apabila diundi bertemu Negeri Sembilan dalam saingan pusingan 16.
Liga Super: Bruno percaya gandingan bersama Ifedayo bakal manfaat PDRM
'Saya dapat hidu sesuatu istimewa', demikian laungan amaran perancang utama PDRM, Bruno Suzuki, yang sedia untuk menggempur gawang kendalian, Haziq Nadzli, dalam aksi kedua Liga Super, pada Sabtu.
Dorongan semangat rakan sepasukan buat Faisal Halim
Beberapa pemain Selangor sudah berkomunikasi dengan Faisal Halim untuk bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat agar proses pemulihan kelecuran tahap empat pemain itu berjalan dengan baik.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim yang berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan yang positif dari masa ke semasa.
Info Siaran Langsung: Undian Piala FA 2024/2025
16 pasukan bakal berentap dalam saingan Piala FA 2024/2025 kali ini untuk merebut satu piala berprestij di Malaysia.
NBA: Siakam leads Pacers past Knicks to force Game 7 in East semifinals
Pacers force Game 7 in East semis
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place
Premier League title race destiny is 'in our hands', says Man City boss Guardiola
Preview: Man City v West Ham