Jurulatih Kuala Lumpur Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail, berterima kasih kepada juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), atas kemudahan yang disediakan ketika saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam.

Terdahulu, wakil kelab Liga A1 Semi-Pro itu tewas 0-3 kepada juara Piala FA 2024 menerusi jaringan hatrik pemain import, Heberty Fenandes, dalam perlawanan pertama pusingan 16 itu.

Ekoran masalah kewangan yang semakin meruncing menjadi kekangan utama pasukan tersebut terpaksa melupakan hasrat bermain di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, dan bersetuju supaya SSI digunakan sebagai venue bagi kedua-dua aksi.

Selain itu, KL Rovers hanya mempunyai tempoh satu hari persiapan bagi latihan akhir ekoran berlepas ke Johor Bahru sehari sebelum pertembungan.

"Terima kasih kepada JDT di atas layanan baik diberikan termasuk kemudahan utama seperti padang latihan yang sempurna," katanya kepada sidang media selepas perlawanan.