sukan-badminton

Tidak berputus asa, Goh V Shem bentuk gandingan bersama pemain Korea Selatan

Najmi Iman 22/01/2025 | 10:52 MYT
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem, bakal membuat penampilan semula di pentas antarbangsa dengan menyasarkan musim 2025 sebagai tahun kebangkitan.
Tanpa disangka-sangka, pemain dari Korea Selatan, Choi Sol-gyu, bakal bergandingan bersama V Shem dengan Kejohanan Badminton Masters Thailand sebagai permulaan kepada era beregu lelaki itu bermula 28 Januari ini.
Sol-gyu tersingkir daripada Persatuan Badminton Korea (KBA) berikutan masalah disiplin sebelum terbang ke Malaysia untuk membentuk pasukan bersama V Shem di bawah penaja yang sama.
"Di Malaysia, kurang gandingan yang tersedia dalam sektor profesional. Kami tidak boleh bergabung dengan skuad kebangsaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sol-guy juga sudah keluar daripada kem negaranya. Jadi, kami bersetuju untuk membentuk gandingan bermula hujung bulan ini.
"Buat masa sekarang, dia boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris yang mudah. Saya berpendapat itu tidak akan menjadi masalah.
"Selepas saya berpecah dengan Tan Wee Kiong, saya belum berputus asa dan mahu kembali mencapai tahap tertinggi seperti sebelum ini.
"Saya perlu menunggu beberapa tahun," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
#badminton #Goh V Shem-Choi Sol-gyu
;