Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini mengesahkan bahawa perlawanan Sumbangsih sebagai perlawanan pembukaan Liga-M musim 2024/2025 dibatalkan susulan penarikan diri pasukan Selangor.

Ia berikutan siri serangan yang dihadapi oleh pemain kebangsaan, Faisal Halim, yang telah disimbah asid sebagai tanda solidariti kepada pemain tersebut.

Keputusan itu menyaksikan juara Liga Super 10 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), diberikan kemenangan percuma 3-0 sekali gus diangkat sebagai juara Piala Sultan Ahmad Shah edisi kali ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu turut mendapat tiga mata pertama bagi perlawanan Liga Super yang akan berlangsung, Sabtu ini.