Najmi Iman
Mon Oct 14 2024
NEW ZEALAND 4 MALAYSIA 0
New Zealand menepati ramalan apabila menewaskan Malaysia dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland, sebentar tadi.
Harimau Malaya mengikat kedudukan 0-0 dalam babak pertama selepas kecemerlangan barisan pertahanan yang dianggotai oleh Harith Haiqal, Dominic Tan, Matthew Davies dan Corbin Ong yang mempamerkan persembahan memukau apabila kerap menidakkan sebarang percubaan berbahaya pasukan tuan rumah.
Kemenangan tersebut hasil daripada kebangkitan skuad All Whites dalam separuh masa kedua yang tidak membazirkan peluang untuk menembusi penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Syihan Hazmi.
Elijah Just mengambil kesempatan terhidang tatkala mudah menampan bola hasil hantaran daripada pemain sayap New Zealand untuk memberi gol pertama permainan.
Giliran Matt Garbett pula menggandakan kelebihan 2-0 buat skuad tuan rumah di mana Syihan sekali lagi tertewas seperti jaringan pertama yang menyaksikan tampanan bola tersebut leret masuk ke gol.
Pada minit ke-71, pemain gantian, Chris Wood, menanduk masuk gol ketiga menerusi hantaran lintang di sebelah kanan permainan untuk kedudukan 3-0.
Cubaan jarah jauh dari luar kotak penalti menghadirkan jaringan keempat buat New Zealand, sekali gus menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan besar 4-0.
Pemain negara dilihat buntu mengatur serangan balas mahupun mengawal aksi, namun mudah dipatahkan oleh pemain New Zealand yang tidak membenarkan sebarang percubaan berjaya dilakukan.
Sporting tidak sama seperti Man United -- Legenda Arsenal beri amaran buat Ruben Amorim
Legenda Arsenal, Paul Merson telah memberi amaran kepada Ruben Amorim bahawa perpindahan ke Manchester United akan menyaksikan dia berjuang pada tahap yang jauh melebihi kebiasaannya di liga utama Portugal.
Liga Super: Kedah mencari pembeli saham penuh pasukan
Kedah Darul Aman berhasrat mempelawa mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk membeli keseluruhan saham pasukan berserta tanggungan segala kepentingan kelab tersebut.
Peta Hala Tuju F:30 masih di landasan betul -- FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertahankan Peta Hala Tuju F:30 badan induk itu walaupun selepas kegagalan skuad bawah 16 tahun (B-16) dan B-19 kebangsaan pada kempen Kelayakan Piala Asia tahun ini.
Liga Super: Khuatir situasi semasa kem Penang
Situasi tegang kem latihan Penang menjelang pertemuan bersama Terengganu, esok, menggusarkan penolong jurulatih, Mat Saiful Mohamad, terhadap mutu persembahan yang bakal dipamerkan dalam pertemuan Liga Super itu.
Selangor kena cari jurulatih bijak manfaat kelebihan pemain
Bekas pengurus selangor, Zakaria Rahim, memberi pandangan tajam betapa peletakan jawatan Nidzam Jamil bakal membawa perubahan positif Gergasi selepas ini.
Ultimate Liga Super Fantasy: Rancang kesebelasan terbaik anda menjelang minggu ke-15 Liga Super
Ultimate Liga Super Fantasy minggu ke-14 menyaksikan MKanwar terus mendominasi di puncak carta selepas meraih mata tertinggi iaitu sebanyak 751 mata dan menduduki tempat pertama carta.
Info Siaran Langsung Liga Super: Jadual perlawanan Minggu Ke-15
Jadual perlawanan Liga Super minggu ke-15 (LS15) akan bermula esok.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam Jamil letak jawatan
Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid, menggesa Selangor mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil, meletakkan jawatan secara mengejut.
Piala EFL: Saya tidak boleh minta lebih -- Van Nistelrooy tabik pemain Manchester United
Ruud van Nistelrooy berkata dia tidak boleh meminta lebih daripada pemain Manchester United selepas menandakan perlawanan pertamanya sebagai pengurus The Red Devis dengan kemenangan 5-3 ke atas Leicester City dalam pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Real Madrid 'no class' -- Presiden LFP
Presiden Liga Bolasepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.
Norris calls for 'cleaner battle' with Verstappen ahead of Sao Paulo Grand Prix
Norris wants 'cleaner battle'
Alcaraz admits he was 'not up to the level' after defeat to Humbert
Alcaraz 'not up to level' in defeat
Struggling Roma edge Torino as Lazio put five past Como
Roma beat Torino 1-0 in Serie A
LaLiga clubs pledge to help raise money for victims of Spain's flash floods
LaLiga helps flash flood victims
Vanney aims to wrap up playoff tie after LA Galaxy's 'best performance' against Rapids
Preview: Rapids v LA Galaxy
Alcaraz crashes out of Paris Masters after defeat to Humbert
Alcaraz out of Paris Masters
Al Ittihad 1-0 Al Ahli: Al Shehri nets winner as Blanc's side match leaders Al Hilal
Report: Al Ittihad 1-0 Al Ahli
England aiming to be one of 'world's best' teams, says Earl
"World's best" the aim for England
Vic 0-2 Atletico Madrid: Alvarez brace helps visitors scrape past sixth-tier side in Copa del Rey
Report: Vic 0-2 Atletico Madrid
Jansen, Coetzee return as Rabada rested for South Africa’s T20 series against India
South Africa name T20 squad v India